Abang_Doji

FCPO - Setup Swing Jual

Singkat
MYX:FCPO1!   Crude Palm Oil Futures
Analisis FCPO

Admin nampak seperti 5 gelombang ke bawah telah siap sepanjang awal tahun 2020. Kini menantikan sama ada rebound dari kejatuhan itu membentuk 3 gelombang atau 5 gelombang.

Setakat ini, 3 gelombang ABC telah jelas kelihatan.

Rebound FCPO ini kemungkinan hanya korektif, kerana:

1. Pergerakkan rally jelas hanya bermain di dalam aliran menaik (ascending channel)
2. Gelombang ketiga (C atau 3) tidak begitu kuat dan seakan terhenti di paras ekuilibrium A = C (Hubungkait gelombang A = C)

Entry adalah sekiranya aliran menaik itu dibolosi. Paras henti rugi adalah sekiranya harga membuat ketinggian yang baru setelah membolosi aliran menurun.


Abang tak trade CPO ye. Belum sempat lagi haha

Abang Doji
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.