zackdinz

Penerangan terperinci teknik swing FCPO

Pendidikan
MYX:FCPO1!   Crude Palm Oil Futures
Smoke Evolution adalah satu indikator dan boleh juga dikatakan sebagai sistem trading yang lengkap. Terdapat beberapa pembahagian indikator di dalam Smoke Evolution.

1. Indikator Smoke
2. ‎Indikator Fast Band
3. ‎Indikator Slow Band

Indikator Smoke
Indikator Smoke merupakan indikator yang dapat menentukan arah pergerakan harga dengan keadaan dan bentuk Indikator Smoke.

Pertama
Untuk bacaan atau keadaan bentuk Indikator Smoke yang pertama ialah ia dapat menentukan keadaan market samaada dalam keadaan tren menaik atau tren menurun. Sekiranya harga berada di atas Indikator Smoke, ia menandakan market dalam keadaan tren menaik. Sekiranya harga berada di bawah Indikator Smoke, ia bermakna market dalam keadaan tren ke bawah.

Kedua
Kelebihan Indikator Smoke juga adalah ia dapat menentukan keadaan market ketika terlebih beli (overbought) atau terlebih jual (oversold) atau ketika market mula untuk membentuk anjakan (retracement). Ketika ini Indikator Smoke akan membentuk dalam keadaan mendatar dan harga mula menjauhi Indikator Smoke.


Ketiga
Indikator Smoke juga boleh mengenalpasti keadaan market yang mendatar. Sekiranya bentuk Indikator Smoke mula mengembang dan membentuk saiz yang besar, kemungkinan akan berlaku keadaan market mendatar dan bergerak pada paras harga yang kecil.


Indikator Band (Fast Band dan Slow Band)
Indikator band sangat sesuai untuk menentukan paras sokongan dan rintangan (support and resistance). Indikator Band mempunyai dua garisan yang membentuk seperti pita (band). Ini bagi memudahkan para trader menentukan paras permulaan tren, paras sokongan dan paras rintangan.

Band yang membentuk mendatar adalah paras yang sesuai untuk menentukan paras sokongan dan rintangan


Kesimpulan
Smoke Evolution adalah satu sistem trading yang mudah digunakan untuk menganalisis market. Dengan adanya fungsi arah market, paras sokongan dan rintangan membolehkan pedagang dapat melihat situasi market secara keseluruhan dengan mudah tanpa bergantung kepada teknik yang rumit dan membuat entry secara selamat. Walaubagaimanapun, Smoke Evolution tidaklah seratus peratus tepat, adakalanya market bergerak luar dari jangkaan disebabkan oleh pelbagai faktor. Oleh itu, Smoke Evolution oleh digunakan juga dengan mana-mana sistem trading dan digandangkan dengan ilmu asas (fundamental). Tekan butang suka sekiranya anda menyukai System Trading Smoke Evolution. Sekian, Selamat bertrading.

P/S: Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, sila ajukan pada ruang komen yang disediakan. Untuk Penerangan yang lebih terperinci, anda boleh membuat bacaan pada pautan dibawah ;


Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.