zackdinz

Kajian FCPO 13/12/2018

Singkat
zackdinz Telah dikemas kini   
MYX:FCPOG2019   Crude Palm Oil Futures
Kajian FCPO 13/12/2018

Carta 5 minit
Harga menunjukkan ia berada pada paras tertinggi. kemungkinan harga akan buka pada kotak oren atau menuju kotak oren sebelum memilih untuk ke bawah atau ke atas.


Carta 15 minit
Keadaan jarak band merah dan biru menunjukkan market kemungkinan akan tidak menentu hari ini sehingga ia melepasi band merah atau band biru.


Carta 30 minit
Saya menjangkakan harga akan ke bawah kerana terdapat candle yang berbentuk pin menunjukkan harga menolak paras rintangan pada band merah.


Carta 1 jam
Harga masih berada pada paras tertinggi.


Kesimpulan
mengikut kajian teknikal, harga kemungkinan akan turun. tetapi sekiranya ada berita atau data fundamental contohnya semalam ada berita berkenaan dengan kerajaan akan membuat projek biodiesel, kajian teknikal kemungkinan akan tersalah. untuk bulan disember dan januari kemungkinan akan berlaku ketidakstabilan cuaca di thailand, dan ini akan melonjakkan lagi harga minyak kelapa sawit. jika kita lihat carta 4 jam, kita akan lihat keadaan market yang sideway setelah berlaku penurunan harga yang mendadak. ini mengukuhkan lagi teori di mana harga akan naik secara mendadak pada bila-bila masa. oleh itu untuk berhati hati dalam membuat posisi, saya nasihatkan sekiranya harga melepasi paras tertinggi pada carta 30 minit, ini akan mengubah situasi keseluruhan market dan kajian diperlukan pada peringkat carta 4jam untuk melihat paras tertinggi pada carta. Untuk hari ini, kita boleh kekal pada kajin teknikal dengan sokongan teknik smoke evolution.

Perkongsian ini hanyalah untuk pendidikan semata mata.Saya tidak bertanggungjawab atas mana mana keuntungan atau kerugian.

ok, selamat bertrading.😎



Komen:
Seperti yang diterangkan dalam perkongsian di atas, harga telah melepasi paras halangan pada band merah. kemungkinan harga akan naik untuk sepanjang bulan ini.

Komen:
harga telah naik sehingga ke paras tertinggi dan akan buat retracement.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.