PeterTing

ANALISA CARTA FKLI (COmposite Futures)

MYX:FKLI1!   FTSE Bursa Malaysia KLCI Futures
Indeks Pasaran Hadapan Composite Kuala Lumpur kini berada dalam keadaan downtrend.

1. Carta menunjukkan corak "Head N Shoulders" and disusuli oleh index berada di bawah paras 200EMA support sudah memberi signal bahawa indeks KL sudah mula melemah dan masuk downtrend.
2. Penurunan indeks diukur oleh corak EW menunjukkan downtrend wave ke-4 sudah selesai and kini menuju untuk melengkapkan wave yang ke-5.
3. Yang pasti, indeks akan pergi "sideway" untuk sementara dan akan memberi satu corak carta yang sideway, dan kemudiannya kita boleh pasti apa hala tuju indeks berikutnya.

Pasaran negara kita juga diselami oleh sentimen yang kurang bagus and ini akan memberi kesan yang buruk. Antara isu isu yang kita hadapi sekarang:

1) Ketidakpastian harga minyak yang dijangka akan turun disebabkan oleh keputusan Saudi untuk meninggikan bekalan minyak
2) Trade-war US-China berlanjutan
3) Nilai ringgit melemah dan pelabur asing kini giat menjual di pasaran
4) S&P 500 indeks menunjukkan stocks global kini dalam stage pembetulan dan sesetengah ada yang downtrend
5) Harga bond dan emas kini menunjukkan penaikkan, ini akan memberi kesan nagatif kepada pasaran saham.

Kesimpulan:

1) Cuba kurangkan pegangan saham kita dengan tidak membeli secara "impulsive".
2) Jikalau indeks tidak boleh bertahan pada paras 1690 - 1700, indeks masih ada ruang lagi untuk turun sampai ke paras 1660.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.