MYX:FOCUSP   FOCUS POINT HOLDINGS BERHAD
Focus Point Holdings Berhad (FOCUSP) berjaya keluar dari garis rintangan putus menurun dan harga menguji di kawasan rintangan. Untuk meneruskan kenaikan, harga perlu berada dan bertahan diatas 0.980.

Focus Point Holdings Berhad (FOCUSP) diiktiraf secara rasmi oleh Malaysia Book of Records sebagai kedai rantaian runcit optik terbesar di Malaysia dan juga kedai rantaian runcit optik pertama dan satu-satunya yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Dengan lebih daripada 180 cawangan di seluruh negara. Pelanggan mempunyai pelbagai jenis kaca mata bergaya untuk dipilih di kedai konsep seperti Focus Point, Focus Point Signature, Focus Point Concept Store, Focus Point Outlet, Focus Point Lifestyle, Whoosh, Opulence, Eyefont, Solariz dan i-Focus

Focus Point Holdings Berhad (FOCUSP) mencatatkan hasil yang kurang baik pada Q3 Sep 22 sebanyak RM60,989,000 berbanding Q2 Jun 22 RM67,482,000 mencatatkan perbezaan sebanyak RM6,493,000. Keuntungan bersih Q3 Sep 22 RM9,102,000 turut berkurang jika dibandingkan dengan Q2 Jun 22 RM10,600,000 mencatat perbezaan sebanyak RM1,498,000.

Pemegang saham utama bagi Focus Point Holdings Berhad (FOCUSP) terdiri daripada LIAW CHOON LIANG 40.59% sebanyak 133,948,501 unit saham yang bernialai 115.87M, diikuti PERBADANAN NASIONAL BERHAD 15.00% sebagai pemegang saham kedua terbesar sebanyak 49,500,000 unit saham dengan nilai sebanyak 42.82M.

corak carta : segitiga menaik

Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.