Kejatuhan GBP/USD yang berterusan dalam beberapa minggu dagangan terhenti akibat daripada laporan data pengangguran UK yang mencapai tahap terendah sejak 1974. Kadar pengangguran yang pada 3.7% dalam tiga bulan memberi angka peluang pekerjaan yang tinggi sehingga 1,295,000 dalam tiga bulan. Angka-angka yang dilaporkan memberi peluang untuk GBP/USD membuat kenaikan harga.

Selepas berjaya menembusi garisan trend penurunan, harga dapat mencari sokongan kukuh di 1.21801 yang memberi kenaikan kepada GBP/USD. Kenaikan ini ditambah lagi dengan menjadikan paras 1.22703 sebagai sokongan tambahan buat GBP/USD meneruskan kenaikan. Walau bagaimanapun, kenaikan ini perlu diberi perhatian selagi harga tidak menembusi julat harga terdahulu yang memberi rintangan pada 1.25847.
GBPUSDTrend Analysis

Juga pada:

Penafian