Meem

GOLD: Memecahkan Rintangan

NYSE:GOLD   Barrick Gold Corporation
Barrick Gold Co. sejak beberapa bulan dagangan yang lalu dilihat bergerak dalam trend menurun mematuhi garisan trend

Namun, lilin harian dilihat membentuk marubozu hijau yang disertai dengan volum penyertaan yang tinggi
Hal ini sekaligus telah menyebabkan garisan rintangan menurun dan rintangan EMA200 harian dan mingguan (tidak ditunjukkan) telah berjaya ditembusi
Petunjuk RSI harian dan mingguan juga dilihat berada di paras positif dan berada di atas garisan purata RSI
Pergerakan harga dilihat disokong kuat oleh EMA20 yang bertindak sebagai sokongan dinamik terdekat

Menarik untuk diperhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!


Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.