syedasyraf

GREATEC PENDING BREAKOUT?

MYX:GREATEC   GREATECH TECHNOLOGY BERHAD
GREATEC dilihat sedang membuat triangle pattern yang disebut sebagai Ascending Triangle. Ciri-ciri pembentukan pattern ini ialah harga bergerak atas garisan selari manakala garisan bawah menunjukkan candle saham dalam keadaan menaik.

Kebiasaannya harga saham akan membuat breakout apabila berada dalam fasa ascending triangle ini. Sekiranya berjaya memecahkan bentuk segi tiga tersebut, berkemungkinan GREATEC akan menguji All Time High (ATH) pada harga RM6.74.

Kebarangkalian fasa yang low risk adalah ketika harga berada di garisan sokongan atau menunggu pada harga yang tidak jauh semasa breakout bagi yang inginkan masuk dengan kepastian breakout. Memerlukan catalyst dan volume yang cukup untuk memecahkan halangan tersebut.

Pending Breakout Ascending Triangle?

Mungkin ada yang masih ingat apabila GREATEC mengeluarkan corporate excersice dengan memberikan bonus issue 1-1, harga ini terus terbang tanpa memandang belakang hingga mencecah ATH pada harga RM9.9 sebelum adjust. Hampir 19% kenaikan setelah pengumuman dibuat sehingga ex-date. Harga semasa saham GREATEC ini telah bernilai lebih RM12 jika dikira daripada sebelum bonus issue.

Catalyst saham ini?

1. GREATEC telah mencatatkan kenaikan untung bersih 152% pada suku pertama (Q1) 2021, dijangka merekodkan keputusan yang sihat tahun ini didorong oleh segmen kenderaan elektrik (EV).
2. Jangkaan pada sektor EV ini antara yang menyebabkan harga saham ini bergerak terus ke atas.
3. Kebanyakan pendapatan mereka datang Amerika Syarikat. Komitmen Joe Biden, President US yang mahu memberi fokus kepada green technology juga satu catalyst?

Anda merasakan harga saham ini terlalu mahal atau nilainya masih rendah?

Sediakan Trading Plan anda sebaiknya

#TAYOR #BAYOR

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.