Meem

HAL: Mampukah Melepasi Rintangan?

NYSE:HAL   Halliburton Company
Halliburton Company dilihat bergerak mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu menguji kawasan rintangan

Terkini harga dilihat tutup dengan lilin hijau beserta volum, cuba menguji kekuatan untuk melepasi kawasan rintangan
Pergerakan harga secara jangka masa panjang dikatakan masih lagi cenderung melakukan kenaikan selagimana tidak memecahkan saluran menaik
Harga dilihat disokong oleh MA20 harian sebagai sokongan dinamik harian terdekat namun sudah mula mencapah dari garisan MA20 mingguan
Petunjuk RSI harian dilihat berada di paras positif belian menunjukkan kehadiran momentum namun RSI mingguan dilihat sudah memasuki kawasan 'overbought'

Mampukah harga meneruskan kenaikan? Sama-sama kita perhatikan.

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.