tariqrahmalan

TIBA #30 : HEVEA, Mampukah berada di heaven?

MYX:HEVEA   HEVEABOARD BHD

=================
ANALISIS TEKNIKAL
=================
1.0 TREND
Kaunter HEVEA secara umum menunjukkan telah memasuk Fasa MARKUP.
Ini boleh dilihat dengan "Higher High pada harga RM 0.510 dan Higher Low pada harga RM 0.405.
Selain itu,candlestik telah berjaya memecahkan paras resistence pada harga RM 0.470.
Trend UPTREND kelihatan di carta.

Paras resistence terkini dilihat sekitar RM0.565 dan support pada harga RM 0.525.
Harga telah mencapai 52Week High dan paras resistance telah bertukar menjadi support pada harga yang dinyatakan.

Resistance dilihat telah breakout dengan Candlestick Hijau telah menujah Resistance pada tarikh 8 8 Sept 2020
Selain itu, volume dilihat mengalami kenaikan yang besar menunjukkan minat belian yang semakin meningkat. Kaunter ini dijangka cuba meneruskan untuk menguji tahap resistance seterusnya sebelum berehat atau berlakunya profit taking.

2.0 CANDLESTICK PATTERN
Tiada Canclestick chart pattern dapat dikesan buat masa ini.

3.0 CHART PATTERN
Continuation pattern turut dikesan dengan pattern Flag dilihat terbentuk seperti di carta. Ini memberikan keyakinan kepada pelabur dan pedagang kenaikan ini bakal berterusan.

4.0 INDICATORS
Moving Average 20 (MA20) dilihat berada di bawah candlestick menunjukkan Hold / Buying Signal.
Stochastic RSI juga dilihat sedang "menuju ke paras Overbought menunjukkan momentum belian semakin menguat.
Fibonaci Rectracement juga menunjukkan harga kini telah melantun di sekitar ratio 38.2 menandakan kaunter telah mengalami "pullback yang sihat dan kini sedang meneruskan kenaikan.
====================
STATUS PATUH SHARIAH
====================
Setakat tarikh posting ini dibuat, kaunter ini didapati PATUH SHARIAH. Pedagang Muslim tiada masalah untuk membeli kaunter ini.


=============
TRADING PLAN
=============

STRATEGY : BUY ON BREAKOUT / BUY ON DEEP / BUY ON REVERSAL / BUY ON SUPPORT
Entry Price : RM 0.53
Cut Loss : RM 0.51
Risk : 3.8%

Target Price 1 : RM 0.57
Reward : 7.5%

Target Price 2 : RM 0.63
Reward : 18.9%

Target Price 3 : RM0.71
Reward : 34%

==========
DISCLAIMER
==========
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham yang disenaraikan dipasaran bursa dan antarabangsa sahaja.
Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUYING CALL kepada mana - mana pihak.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
Kajian ini tidak boleh mengikat penulis dengan apa jua kerugian mana - mana individu hasil pembacaan kajian ini.
Trade At Your Own Risk (TAYOR)

#RoadToFinancialFreedom
#BilaAkaunMulaBerbicara
#AkuDanSaham
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.