FauziSaham

Sudah sampai masa meneruskan perjalanan?

MYX:HONGSENG   HONG SENG CONSOLIDATED BERHAD
Hongseng telah memantul di MA200 yang mana sebelum itu ia telah berikan isyarat bullish reversal iaitu Bullish Engulfing.

Sasaran jangka pendek ialah di RM3.00 iaitu sekitar 12% ROI dari harga semasa.

52 Weeks High terletak di RM3.84 yang akan menjadi benchmark samaada ia akan sambung rally atau masih lagi dalam konsolidasi yang panjang.

Hongseng merupakan syarikat turn around iaitu kembali membuat keuntungan. Boleh dilihat revenue dan net profit pada 2 suku terakhir sangat baik berbanding pendapatan selama beberapa tahun kebelakangan.

Ini menunjukkan Hongseng kini dalam keadaaan yang sangat baik dan menjadi ramuan untuk melepasi 52 weeks high dan seterusnya rally untuk jangka masa panjang.

Ditambah pula berada dalam kategori Teknologi yang dikatakan evergreen terutama untuk growth stock.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.