NotaSahamMuna

HPMT: Berlari Setempat, Bila Mahu Berangkat? Kajian Weekly TF

MYX:HPMT   HPMT HOLDINGS BERHAD
Analisis ini menggunakan teknik FMCBR. Rujuk post sebelum ini untuk memahami keseluruhan kisah.

Setelah menamatkan pullback, HPMT bangkit pantas dan sekarang harga berlonggok di satu aras di carta mingguan. Apakah yang berlaku? trend sudah tamat atau masih ada kaki bersisa untuk dituju?

Pertama kita melihat trend ini telah mula menawarkan divergence. Tetapi divergence semata-mata bukanlah signal jual yang serta merta membelokkan trend turun. Petunjuk yang tersembunyi di sini adalah ini adalah impulse wave dan sekarang kita berada dalam wave 5. Untuk mengetahui di mana wave 5 berakhir, kita kena membedah anatomi dalaman wave 5 itu sendiri di timeframe lebih rendah.

Punca kenaikan di carta weekly ini adalah bila musang membuka pintu untuk bull dengan membuat IB dan CB1. Fibo CB1 ini menunjukkan harga telah bergerak ke TP 1 1.618. Di area fibo inilah gelagat HPMT yang bikin geram dapat dilihat. Harga hanya bergerak sideways dalam julat dan tidak pulak memberi petunjuk jelas samada mahu meneruskan trend atau nak berpatah balik.

TP2 pulak dilihat cun sebab tidak jauh daripada TP2 M1 yang masih menjadi impian. Target ini tidak mudah sebenarnya kerana HPMT perlu mendaki suatu ketinggian yang unprecedented. Jadi marilah kita maafkan HPMT kerana lama berehat berlari setempat.

Adakah sudah cukup rehat? Pintu mana yang dibuka oleh musang licik?

Semua jawapan ada di timeframe lebih kecil.

NSM
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.