NotaSahamMuna

HPMT: Heli View Musang [ANALISIS FMCBR]

MYX:HPMT   HPMT HOLDINGS BERHAD


Musang dah lama rancang, kita je yang leka. Analisis heli view ini melihat carta monthly HPMT. Setelah buat 3 wave kebawah, akhirnya HPMT menukar arah dengan petunjuk yang valid iaitu
1. pecah trendline
2. musang membuka pintu dominan break dan CB1
3. Struktur market berubah, dengan memecahkan LH

Bermulalah trend menaik bagi HPMT. Apa yang dilakukan musang akhirnya membawa HPMT ke level fibo yang tertentu. Perhatikan bagaimana HPMT melatah di 1.618 iaitu TP1. Di sini, HPMT hanya membuat retracement atau pullback. Sebab apa kita yakin disini hanya pullback?

Sebab hanya musang nakal yang berani membuka pintu untuk bear tapi tidak di timeframe ini. Setelah mencari punca pullback ini, akhirnya ditemukan dominan dan CB1 di daily chart. Tarik fibo dan nah! exact level bila HPMT mula bangkit kembali..

Untuk HPMT bangkit dari pullback kita juga memerlukan musang licik untuk memecahkan pintu.. tetapi cerita ini hanya dapat dibongkar di timeframe lebih rendah.

Ingatlah setiap bangun rebah harga ada musang di sebaliknya. Lihatlah dengan siapa dia berteman, bull atau bear.

Adakah boleh entry sekarang? Tiada jawapan yang pasi dalam chart ini. Tetapi dalam suatu trend sentiasa akan ada CBR dan banyak peluang muang memberi kita entry dan exit yang selamat.

Jumpa di timeframe lain..

NSM

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.