tariqrahmalan

TIBA # 11 : Bintang Pagi bersinar di jendela HO WAH GENTING?

MYX:HWGB   HO WAH GENTING BHD

=================
ANALISIS TEKNIKAL
=================
1.0 TREND
Kaunter "HO WAH GENTING" secara umum menunjukkan "sedang" memasuk Fasa "MARKUP". Ini boleh dilihat dengan "Higher High pada harga RM 0.370 dan Higher Low pada harga RM 0.285. Selain itu,candlestik telah berjaya memecahkan paras "resistence" pada harga RM 0.405 pada tarikh 27 Mei 2020 . Trend "UPTREND" kelihatan di carta.
Paras resistence terkini dilihat sekitar RM 0.545 dan support pada harga RM 0.405.
"Support" dilihat telah bertahan dengan Candlestick " Merah" gagal menujah "Support" pada tarikh 2 July 2020.
"Selain itu", volume dilihat mengalami "penurunan" yang "kecil" menunjukkan minat " jualan" yang semakin "menurun". Kaunter ini dijangka membuat reversal berdasarkan candlestick pattern terkini.

2.0 CANDLESTICK PATTERN
" Minor" Bullish reversal patterns dilihat dengan candlestick sedang membentuk seakan akan "Morning Star" pada tarikh 3 July 2020 menunjukkan kebarangkalian yang tinggi kaunter ini cuba untuk membuat reversal dan menuju ke paras resistance seterusnya.

3.0 CHART PATTERN
Tiada chart pattern dapat dikesan buat masa ini.

4.0 INDICATORS
Moving Average 20 (MA20) dilihat "berada di atas" candlestick belum menunjukkan "Buying" Signal, namun berdasarkan candlestick pattern, pedagang boleh mengira risiko dan reward untuk membuat keputusan samada perlu memasuki pasaran atau menunggu signal dengan lebih jelas.
Stochastic RSI juga dilihat sedang cuba "menuju keluar" dari paras "Oversold" menunjukkan momentum "belian" semakin "menguat".
Fibonaci Rectracement juga menunjukkan harga kini berada di sekitar ratio "38.2" menandakan kaunter mengalami "pullback yang sihat namun, ratio 23.6 menjadi resistance semasa".

=====================
STATUS PATUH SHARIAH
====================
Setakat tarikh posting ini dibuat, kaunter ini didapati "PATUH SHARIAH". Pedagang Muslim "tiada masalah untuk" membeli kaunter ini.

==========
DISCLAIMER
==========
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham yang disenaraikan dipasaran bursa dan antarabangsa sahaja.
Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUYING CALL kepada mana - mana pihak.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
Kajian ini tidak boleh mengikat penulis dengan apa jua kerugian mana - mana individu hasil pembacaan kajian ini.
Trade At Your Own Risk (TAYOR)

#RoadToFinancialFreedom
#BilaAkaunMulaBerbicara
#AkuDanSaham
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.