NOTE: ini bukan BUY CALL . ini memerlukan kajian bersama DAN tolong kaji ikut pemahaman masing-masing dan
tidak bertanggungjawap sebarang kerugian.
Penafian : Kajian diatas bertujuan untuk KITA bersama sama mengkaji dan bukanlah bertujuan untuk membeli
atau menjual instrumen ini .
Berdagang Diatas Risiko Sendiri
#strong&loyal
#ma100ma50ZZL&goldencross
#4eDucationOnly
#KISS



~Sebelum itu kita rujuk dulu situasi 1 seperti di carta:
1.pada waktu itu berlaku pemecahan trend yang boleh
mengakibatkan kejatuhan.Tetapi bullish berjaya mengawal
kedudukan dan membawa ke atas dengan jayanya walaupun
pada awalnya agak struggle.Tahniah untuk itu..

`Situasi ke 2 kali ini berbeza dengan yang sebelumnya ini kerana :
1.kejatuhannya kali ini benar agak menggusarkan pada holdernya,
kerana kelihatannya membuat lower low dan mengesahkan kedudukan
lower low disitu dengan kelihatan harga sudah mula rebound di area tersebut.

2.Jika benar mahu menstabilkan dan mengagalkan usaha bearish , harga
perlu memecahkan area " brick" itu yang dijangkakan berkemungkinan besar
akan menjadi satu resistan yang kuat buat masa sekarang SELAGI structure
lownya di RM3.190( rujuk carta)itu kekal.

3.Untuk point 2 diatas jika berlaku kenaikan pun hanyalah untuk mengcompletekan
structurenya sahaja ( buat masa sekarang)

4.Selebihnya saya tinggalkan pada para trader yang bijaksana membuat
sedikit kajian untuk membuat sebarang keputusan dengan bijak

5.trading plan harus ada sebelum membuat sebarang keputusan
~bolehlah kaji bersama

maklumat tambahan untuk TA ( carta daily/harian)
~macd: "lower golden cross "
`RSI :41.36
`obv:menurun
`bb :6.80 % (upper band,1 hari)

begitulah dunia TA, perkara sama tetapi lihat berbeza2 .
tiada yang betul atau salah kerana ianya belum berlaku
Trend Analysis

Juga pada:

Penafian