FauziSaham

Inari Kejam? Jom belajar Sell Signal

Pendidikan
MYX:INARI   INARI AMERTRON BERHAD
Semalam Inari mengejutkan ramai traders. Tapi adakah Inari begitu kejam? Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba kena buang?

Sebenarnya Inari telah beri isyarat pertama Bearish Reversal apabila dia membuat corak Head & Shoulders.

Yang kemudiannya ia jatuh menembusi garisan trend, tetapi berjaya melantun kembali di salah satu paras sokongan. Lantunan ini dipanggil Dead Cat Bounce.

Ia melantun untuk menguji paras sokongan sebelum ini sebagai rintangan iaitu di 1.93. Adalah menjadi lumrah, sebelum harga benar-benar jatuh, ia cenderung untuk menguji paras sokongan sebagai rintangan terlebih dahulu. Bahasa Inggerisnya Support Become Resistance (SBR).

Apabila ia telah sampai di 1.93. Inari membentuk bearish candle pattern iaitu Bearish Engulfing. Ini merupakan Sell Signal yang kedua. Sebenarnya sini lah Second Chance untuk traders mahupun pelabur untuk exit position. Namun biasanya emosi hope itu mengaburi pandangan mata dan hati.

Bearish mahupun Bullish candle pattern kebanyakkannya memerlukan pengesahan (untuk mengesahkan kesan bearish atau bullishnya, ia tetap boleh voided atau isyarat itu boleh dibatalkan).

Pengesahan untuk Bearish Engulfing apabila harga tutup bawah dari badan candle Bearish Engulfing. Sini adalah Sell Signal yang ketiga.

Lengkap serba serbi semua Sell Signal baru Inari membuang.

Dan hari ini berlaku lantunan (technical rebound), kerana ia telah cecah MA200 di carta mingguan.

Jadi adakah Inari Kejam? Tidak, Inari tidak kejam. Dia dah cukup baik hati beri 3 Sell Signal sebelum dibuang.

Kebanyakkan pembuangan disertakan dengan Sell Signal sebelumnya.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.