FauziSaham
Pendidikan

Inari Kejam? Jom belajar Sell Signal

MYX:INARI   INARI AMERTRON BERHAD
Dilihat 89 kali
0
89 0
Semalam Inari mengejutkan ramai traders. Tapi adakah Inari begitu kejam? Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba kena buang?

Sebenarnya Inari telah beri isyarat pertama Bearish Reversal apabila dia membuat corak Head & Shoulders .

Yang kemudiannya ia jatuh menembusi garisan trend, tetapi berjaya melantun kembali di salah satu paras sokongan. Lantunan ini dipanggil Dead Cat Bounce.

Ia melantun untuk menguji paras sokongan sebelum ini sebagai rintangan iaitu di 1.93. Adalah menjadi lumrah, sebelum harga benar-benar jatuh, ia cenderung untuk menguji paras sokongan sebagai rintangan terlebih dahulu. Bahasa Inggerisnya Support Become Resistance ( SBR ).

Apabila ia telah sampai di 1.93. Inari membentuk bearish candle pattern iaitu Bearish Engulfing . Ini merupakan Sell Signal yang kedua. Sebenarnya sini lah Second Chance untuk traders mahupun pelabur untuk exit position. Namun biasanya emosi hope itu mengaburi pandangan mata dan hati.

Bearish mahupun Bullish candle pattern kebanyakkannya memerlukan pengesahan (untuk mengesahkan kesan bearish atau bullishnya, ia tetap boleh voided atau isyarat itu boleh dibatalkan).

Pengesahan untuk Bearish Engulfing apabila harga tutup bawah dari badan candle Bearish Engulfing . Sini adalah Sell Signal yang ketiga.

Lengkap serba serbi semua Sell Signal baru Inari membuang.

Dan hari ini berlaku lantunan (technical rebound), kerana ia telah cecah MA200 di carta mingguan.

Jadi adakah Inari Kejam? Tidak, Inari tidak kejam. Dia dah cukup baik hati beri 3 Sell Signal sebelum dibuang.

Kebanyakkan pembuangan disertakan dengan Sell Signal sebelumnya.

Komen

Laman Utama Penyaring Saham Penyaring Forex Penyaring Kripto Kalendar Ekonomi Bagaimana ia berfungsi Ciri-ciri Carta Harga Rujuk rakan Peraturan Dalaman Pusat Bantuan Laman web dan Penyelesaian Broker Widget Penyelesaian Pencartaan Perpustakaan Pencartaan yang Ringan Blog & Berita Twitter
Profil Tetapan Profil Akaun dan Pengebilan Rujuk rakan Tiket Sokongan Saya Pusat Bantuan Idea yang diterbitkan Pengikut Mengikut Mesej Peribadi Sembang Daftar Keluar