MYX:INNO   INNOPRISE PLANTATIONS BERHAD
Sektor: Plantation

Analisa Teknikal ringkas:
Cubaan bertahan di paras halangan menjadi sokongan atau RBS/(Resistance Become Support). Paras harga 52WH INNO ialah RM1.34.
*52WH/52 week high = paras tertinggi dalam 52 minggu (setahun).

Sekiranya INNO berjaya bertahan di paras RBS pada harga RM1.20 berpotensi besar untuk kembali mencabar paras halangan 52WH pada harga RM1.34.

Sesuai diperhatikan bagi sesiapa yang berminat untuk Buy on Weakness. INNO baru sahaja memecahkan paras 52WH dan melakukan pullback dan sekarang sedang bertenggek di atas RBS. Boleh cuba dapatkan harga yang tidak jauh daripada RBS sekiranya berminat dengan kaunter ini.

Sediakan Trading Plan untuk mengelakkan sebarang masalah di masa hadapan.

Analisa Fundamental:
* Market Cap: 583 juta
* Number of shares: 478 juta
* Manipulation indicator Isaham: Susah untuk dimanipulasi

-Konsisten memberikan dividen daripada tahun 2016 dan dividen tertinggi diberikan adalah 6.5% pada tahun 2020.

-Annual Report menunjukkan kenaikan kepada 36.9 juta pada tahun 2020 berbanding 13.6 juta pada 2019. INNO juga berjaya mengekalkan keuntungan setiap tahun tanpa gagal walaupun minyak sawit pada paras yang rendah sebelum ini.

-Catalyst terbesar saham ini komoditi minyak sawit. Sekiranya komoditi ini rally, harga saham ini akan turut rally.

Beberapa sektor kita telah dilihat rally dengan jayanya sejak sebelum ini. Adakah sektor minyak sawit pun akan rally selepas ini? Masa yang akan menentukan.

Sekadar idea untuk dikongsikan. Apa pula jangkaan anda?

Jika anda ingin melabur atau berdagang dalam saham ini jangan lupa sediakan Trading Plan dengan sebaiknya. Tahu di mana mahu masuk entry price (EP), di mana mahu keluar/take profit (TP) dan di mana mahu cut loss ( CL ) sekiranya tidak menjadi.

Ingat! Saham bukan judi. Jangan masuk kedalam sesuatu kaunter tanpa tahu di mana EP, TP dan CL .

#TAYOR #BAYOR
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.