DDNK

INTEL SEMAKIN DEKAT DENGAN KAWASAN BELI

Pendidikan
NASDAQ:INTC   Intel Corporation
Intel Corporation telahpun melantun dan sedang berlegar berdekatan garisan trend menurun. Pemecahan garisan trend menurun akan menandakan kecenderungan trend menaik yang kuat. Dalam jangka masa pendek, kebarangkalian saham ini melalui "swing" menaik adalah sangat tinggi. Kemungkinan ini diperkasakan lagi dengan pergerakan Moving Average yang positif (biru atas merah). Selain itu, momentum yang kuat dapat dilihat daripada RSI 14-hari yang sedang berlegar di atas tahap 50.

Paras sokongan yang terdekat terletak di USD 51.80, diikuti USD 50. Sebaliknya, paras rintangan yang terdekat ialah di paras harga USD 54.30 dan diikuti USD 57.60
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.