Sherhaniza1

Kenaikan EU, GU dan UJ dan Perkembangan di Itali

TVC:IT10Y   Hasil Bon Kerajaan Itali 10 tahun
Hari ini berlaku kenaikan mendadak GBPUSD, EURUSD dan USDJPY. Saya berpendapat kenaikan ini berkait rapat dengan perkembangan di Itali.
Sejak pertengahan bulan May, pasaran risaukan kerajaan baru Itali yang dikatakan pro Italexit. Telah berlaku "Flight to safety" dimana pelabur telah membeli bon-bon german, UK dan US yang dianggap selamat dipegang. Ketika itu, GBPUSD,EURUSD dan USDJPY menjadi lemah mengikut pergerakan pasaran Bon.

Perkembangan mutakhir kita sudah ada Kerajaan baru di Itali dan kerajaan ini berjanji tidak akan membawa Itali keluar dari kesatuan Eropah. Maka berlakulah pengambilan untung bon-bon yang selamat diatas dan sebab itulah GBPUSD, EURUSD dan USDJPY menjadi kuat.

Perkara ini mungkin berterusan sehingga ada komen-komen yang kuat tentang hala tuju perdagangan dunia. Hujung minggu, Negara-negara G7 akan berbincang tentang perkara ini.

Untuk memahami lebih lanjut tentang perkembangan di Itali ini, hubungi saya
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.