ichivergence_hunter

JAG Berhad Perjalanan Uptrend Baru Bermula

MYX:JAG   JAG BERHAD
JAG Berhad baru memecahkan garisan menurun 6 tahun (sejak dilahirkan) pada bulan Februari 2021 yang lalu. Kini JAG Berhad dalam perjalanan baru dalam pendakian trend menaik. Jika dilihat, JAG mempunyai corak carta bawah berganda (double bottom, payah Tradingview ni nak kena tulis Bahasa Melayu pulak) dimana aras neckline adalah di 0.400. Jika berjaya JAG akan melengkapkan corak carta bawah berganda dan secara teorinya akan meneruskan pendakian ke atas. Cuma ada aras rintangan yang sangat kuat di 0.575. Semoga berjaya dipecahkan juga untuk mengesahkan sesi peraman panjang. Volume yang besar juga berlonggok di kawasan pertukaran trend. Ini sangat menarik untuk dikaji. (Sekadar kajian, teori dan pembelajaran).

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.