Sektor semikonduktor dilihat agak perlahan pada bulan Febuari ini berbanding ketika Januari. Namun permintaan yang tinggi terhadap semikonduktor di peringkat global menjadikan harga saham berkenaan sektor tersebut dijangka melonjak tinggi sepanjang tahun 2021 dengan kerancakan peralatan teknologi terbari berkenaan dengan Internet of Thing dan 5G yang baru saja membuka lembaran baru.


ANALISA FUNDAMENTAL

1. JFTech dilihat sebagai salah satu saham yang berpotensi tinggi untuk tahun 2021. Projek kerjasama dengan Huawei melalui Hubble Technology Investment Co Ltd, dilihat mampu menjadi pemangkin kepada kenaikan JFTech dalam jangka panjang.
2. Pada 2015, China melancarkan kempen revolusi industri China yang diberi nama Made In China 2015 atau singkatannya MiC2025 untuk menyasarkan peningkatan industri China pada tahap global.
3. Keterbabitan JFTech ini dilihat mampu memberi pemangkin kepada JFTech skurang-kurangnya dalam tempoh 4 tahun lagi sempena kempen MiC2025
4. Kadar pertumbuhan tahunan 10 tahun, iaitu CAGR 10 tahun JFTech mencatatkan 53.85%, antara prestasi saham terbaik dalam peningkatan tempoh 10 tahun.
5. Jftech juga menyatakan mereka mampu menggandakan produk soket ujian untuk memberi hasil yang lebih untuk operasi yang akan datang.
6. Prestasi QR daripada 4 yang terbaru adalah seperti berikut:
Q3 20 mencatat keuntungan 1.7juta, 27.6% daripada 6.2juta pendapatan
Q4 20 mencatat keuntungan 3.1juta, 38% daripada 8.1juta pendapatan
Q1 21 mencatat keuntungan 4.0juta, 43.8% daripada 9.1juta pendapatan
Q2 21 mencatat keuntungan 4.0juta, 42.9% daripada 9.4juta pendapatan.


ANALISA TEKNIKAL

1. Harga sekarang berada pada atas Sokongan Klasik pada sekitar 1.62. Jika sokongan itu pecah, kemungkinan mampu turun untuk mencari Sokongan Dinamik pada MA50 sebelum membuat lonjakan.
2. Dari segi volum, dapat dilihat terdapat tekanan jualan pada hari ex-date Bonus issu pada 21hb jan. Namun tekanan jualan itu dapat diserap pada hari berikutnya dengan jualan volum yang rendah.
3. Bermula 3hb Feb, dapat dilihat Pembeli mula kembali kedalam saham dengan volum yang agak kuat.
4. Pada 4 hari terakhir minggu lalu, dapat dilihat Penjual dalam keadaan terkawal apabila harga menurun dengan volum yang agak rendah.
5. Jika Pembeli datang kembali kedalam saham untuk hari berikutnya sebelum membuat satu larian yang kuat.
6. RSI sudah berada pada paras bawah 50 dan kemungkinan bersedia untuk satu momentum larian.
7. RSI Stoch juga sudah berada dalam zon Lebihan Jualan, menunggu masa persilangan berlaku dan membuat balikan harga untuk menuju ke atas.

Khairul hafiz
- "Market saham adalah tempat memberi pulangan kepada yang sabar, dan menghukum kepada yang gelojoh"
- "Bila berdagang hanya dengan TA, ia seperti bertarung dengan sebelah tangan. Berdagang dengan TA dan FA, ia seperti bertarung dengan kedua belah tangan."





bursabursamalaysiacarrollapiezFundamental Analysisfundamental-analysisTechnical IndicatorsJFTECHsahamsahammalaysiasemiconductorteknikalanalisisTrend Analysis

Penafian