FauziSaham

KLCI dijangka menuju ke paras 1400

Panjang
INDEX:KLSE   Indeks Bursa Malaysia KLCI
Pada carta bulanan, KLCI telah melengkapkan corak double top apabila bulan lepas ia telah melantun ke bawah setelah melakukan pullback ke middle trough.

Mengikut formula Thomas Bulkowski:
Target Price = Price of the Middle Trough - ((Price of the Highest of the Two Highs - Price of the Middle Trough) * 72%)

KLCI dijangka menuju ke paras ~1400 dan 'kebetulan' terdapat trendline di paras tersebut.

Untuk menepati kedua-dua Target Price dan Trendline, ia perlu bergerak secara curam dalam tempoh 1-2 bulan.

Apa yang akan berlaku selepas itu? Ia kemungkinan membuat rebound yang kuat (rebound sahaja bukan reversal) sebelum sambung jatuh, atau dia juga boleh terus membuat reversal.

Semua bergantung pada sentimen pasaran ketika waktu itu.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.