FauziSaham
Panjang

KLCI di persimpangan

INDEX:KLSE   Indeks Bursa Malaysia KLCI
Dilihat 58 kali
1
58 0
Jika sebelum ini saya ada mengulas sekiranya KLCI patah paras 1700 ianya berada dalam kedudukan bahaya/kritikal. KLCI di carta bulanan kini berada betul-betul di Span A Ichimoku . Sekiranya KLCI terus membuat penurunan minggu ini, ia akan membuatkan price berada di bawah paras awan Ichimoku , sekaligus menunjukkan pasaran bearish .

Jika dilihat pada carta di atas, kita dapati, indeks sebelum ini telah patah tren sokongan namun berjaya masuk balik ke dalam kawasan sokongan. Kemudiannya ia bermain-main di dalam kawasan sokongan tersebut. Dan kini ia berada betul di paras bawah kawasan sokongan.

Minggu ini menjadi penentu arah KLCI. Samaada ia akan memantul balik atau ia akan patah paras sokongan dan seterusnya turun jauh lebih rendah ke bawah.

Jika ia memantul balik (itu yang kita harapkan), dan seterusnya breakout corak Falling Wedge , itu akan jadi petunjuk permulaan uptrend yang kuat. Ya, Falling Wedges terutamanya pada carta yang uptrend adalah satu corak konsolidasi sebelum berlakunya uptrend yang kuat. Sebab itu ada yang menggelarnya Bear Trap.
Laman Utama Penyaring Saham Penyaring Forex Penyaring Kripto Kalendar Ekonomi Rancangan Bagaimana ia berfungsi Ciri-ciri Carta Harga Peraturan Dalaman Moderator Laman web dan Penyelesaian Broker Widget Penyelesaian Pencartaan Perpustakaan Pencartaan yang Ringan Pusat Bantuan Rujuk rakan Permintaan Ciri Blog & Berita Soalan Lazim Wiki Twitter
Profil Tetapan Profil Akaun dan Pengebilan Rujuk rakan Tiket Sokongan Saya Pusat Bantuan Idea yang diterbitkan Pengikut Mengikut Mesej Peribadi Sembang Daftar Keluar