osmanabdmoin

KUB - Tapau Kebanyakan Sektor

Panjang
osmanabdmoin Telah dikemas kini   
MYX:KUB   KUB MALAYSIA BHD
KUB Malaysia Berhad adalah dari sektor Industrial Product and Services (Industrial Service), didagangkan sejak January 2000 dengan harga sekitar RM 2.41 adalah dalam keadaan downtrend sehingga sekarang. Terdapat tanda kaunter ini akan mula bullish dimana saya menjangkakan ia boleh mencapai harga sekitar RM 0.530 sebelum hujung 2020.
Apa yang menarik saya perhatikan bahawa syarikat ini juga terlibat dalam bidang plantation (oil palm), IT, Energy, Property dan Power station yang boleh merangkumi kebanyakkan sektor utama di Malaysia. Kekurangan yang saya rasakan untuk tidak dapat spike seperti Rsawit dari sektor plantation, JFTech dari sektor IT, Dayang dari sektor energy, MCT dari sektor property atau TNB dari sektor power station mungkin disebabkan syarikat terlalu diversify sehingga hilang fokus. Namun adalah menarik jika kaunter ini dapat berubah kepada uptrend dan mencapai harga kayangan RM 2.41 kerana terdapat tanda pengumpulan unit saham semenjak March - April 2020

Penafian:
Pembaca diingatkan, semua ini adalah idea peribadi saya.
Perbincangan dan kajian ini adalah untuk journal peribadi.
Sila buat penilaian anda sendiri. (bukanbuycall) - (TAYOR)
Komen:
biar chart berbicara
jangan kejar tapi cari entry terbaik
kaunter tengah trending

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.