ichivergence_hunter

Lionind Cubaan Membuat Perubahan Trend

MYX:LIONIND   LION INDUSTRIES CORPORATION
Lionind dapat dilihat dalam minggu ini membuat kenaikkan dengan disokong oleh volume yang besar setelah membuat pengesahan tapak (strong support) di aras 0.315. Candle/ harga Lionind semalam telahpun melintasi (cross up) garisan EMA50 (0.370) disokong oleh volume yang besar dimana ini menunjukkan Lionind mempunyai kekuatan untuk membuat perubahan trend dari downtrend kepada uptend. Jika dimasukkan indicator Ichimoku Kumo, candle Lionind semalam telahpun memasuki kumo cloud dan berpotensi untuk membuat cubaan memecahkan kumo cloud pada minggu hadapan. Jika berjaya pecah, semakin tinggi potensi Lionind untuk membuat pengesahan perubahan trend. Jika dilihat pada indictor MEG Pro TCT, dapat dilihat minggu ini jerung-jerung hot money dan institutional sudahpun memasuki kaunter Lionind ni. Lebih meyakinkan. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. Sekadar kajian dan pembelajaran semata ya.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.