MICROLINK SOLUTIONS BHD
Panjang

MICROLN terus kukuh kenaikan wave 3

Microlink Solutions Bhd (MICROLN) mengukuhkan kehadirannya di Vietnam menerusi perkongsian dengan AquaOne Corp. Ini berikutan penglibatan teknologi Microlink yang sedia ada dengan penyedia insurans terkemuka Vien Dong Assurance Corporation (VASS). AquaOne adalah salah satu syarikat bekalan dan rawatan air terkemuka di Vietnam. Memorandum Persefahaman (MoU) dengan AquaOne akan membolehkan Microlink meneroka beberapa bidang termasuk pendigitalan proses automasi perniagaan, analisis perniagaan, Internet pelbagai benda (IOT) dan teknologi automasi dan pemantauan termaju. (NST 7NOV2022)

MICROLN meneruskan kenaikan setelah berjaya bertahan diatas garisan wave 1. lanjutan fibo diukur melalui titik 0,1 dan 2 untuk mendapatkan nilai lanjutan fibo. harga berkemungkinan menuju ke 261.8% sekiranya berjaya bertahan diatas 0.835

MICROLN mencatatkan hasil yang baik pada Q1 Jun 22 sebanyak RM53,857,000 berbanding Q4 Mar 22 RM51,913,000 mencatatkan perbezaan sebanyak RM1,944,000. Keuntungan bersih meningkat dengan baik Q1 Jun 22 RM 6,641,000 jika dibandingkan dengan Q4 Mar 22 RM5,001,000 mencatat perbezaan sebanyak RM1,640,000.

Pemegang saham utama bagi MICROLN terdiri daripada OMESTI HOLDINGS BERHAD 49.20% sebanyak 525,594,972 unit saham yang bernialai 525.59M , diikuti MOHD KHAIRI BIN MAT JAHYA 6.02% sebagai pemegang saham kedua terbesar sebanyak 64,360,000 unit saham dengan nilai sebanyak 64.36M.

corak carta : saluran selari, lanjutan fibo, wave 3

Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.

Penafian