AbangManuK

MR.DIY - Barang Harga Marhaen, Saham Harga 'Bangsawaen'

Panjang
MYX:MRDIY   MR D.I.Y. GROUP (M) BERHAD
Yeehaaa!! kedai marhaen mendapat tempat di hati para pedagang..semoga terus maju ke atas..jangan ke depan...jangan ke bawah yaa..no..no..no...aummsss (macam ayat-ayat orang di dalam pula ..hehe)
.
.
sebenarnya abam dah lama shopping dekat kedai DIY (al-maklumlah, macam-macam ada..~~) ..
suatu hari, abam pun terfikir juga...kedai macam ni, buka di mana-mana, mesti laris...sebab semua ada...haaaa..di situlah abam nampak potensi bisnes ni untuk jangka masa panjang...
bagi investor sejati (hati kental ...bukannya hati kenyal), peluang bagi mereka untuk mendapat manfaat jangka masa panjang...
.
.
kalau tengok harga waktu lahir pun, bukan main bangsawan..naik sawan orang yang sauk awal...ada yang masih simpan dari IPO lagi...dah ambil modal dan profit sedikit..lepas tu, profit seterusnya dibiarkan 'felai'..
kendatipun,pada awalnya, ramai berpendapat dan menjangkakan..selepas di lahirkan ke dalam dunia bursa,..mesti akan jatuh dari harga asal...namun, meleset sama sekali...sehingga kini..ia sdh terbang hampir sekali ganda dari harga lahirnya...
sikit-sikit ia naik mendaki..makin lama, makin mahal pula...

Nampak cantik ia mendaki dalam channel trendline seperti dalam chart di atas...selagi tidak patah trendline...(bukan FAKE BO) layankan sajaa...~
haa kaki goreng, kalau berani, goreng la Mr.DIY..heheh
semua di dalam, hanya investors...siapa goreng, dia raja...siapa di dalam..dia kaya..~~

Setakat ni, belum ada halangan kuat untuk ia teruskan kenaikan..
semoga ia naik dengan sihat...siapa tahu ia boleh capai harga RM5..(jual mimpi dulu...hehe) untung la pemegang saham ni...
tidak mustahil kan..hehe

Okay sedikit info potensi kedai serbaneka ni yang sempat abam godek-godek dekat surat khabar lama ni...

Chief executive officer Adrian Ong said the company plans to increase the number of its retail stores under the brand Mr D.I.Y, Mr Toy and Mr Dollar to 900 outlets nationwide by Dec 2021.

agak-agak, kalau MR.DIY buka di Indonesia, Brunei dan Singapore...laris tak?? kalaulah laaa kan...tu cerita KALAU..hehe
siap improve sistem e-commerce dan digital marketing...lagi kebaboom rasanya kan..
Oh yaa...MR.DIY ada dividen tau...Annual div yield (ADY): 0.25%
Dividen ex-date : Nov 30 2020
Dividen pay-date : Dec 18 2020...kbai!

Okay..!! Setakat itu coretan abam hari ini ..semoga berpuashati dengan profit sepanjang minggu ini..
Jangan TAMAK..Jangan TAMAK dan Jangan TAMAK...No..No..No..
Sentiasalah Ingat yang tersayang,,,(^^)v & Ride safely...samjeyy??!!

Seperti selalu...pesanan penaja Abang_ManuK,
penting bagi abang hakak semua kenalpasti RISK & REWARD RATIO (RRR) sebaik mungkin bagi mengelakkan anda tergolong dalam geng-geng 'SANGKUTERS'
kaunter ni mahal..kenalpasti potensi sebenar kaunter tersebut untuk meyakinkan abang hakak untuk swing long tersebut...


DISCLAIMER:
Apa-apa pun, market bukan kita punya..sediakan Trading Plan mengikut Risk appetite masing-masing dan Trade What You See...Semoga memperoleh rezeki banyak..
Segala kajian adalah untuk proses pembelajaran dan halatuju kaunter tersebut. Till then, happy trading, TAYOR, BAYOR & SAYOR

**Sekiranya anda bersetuju dengan idea ini, mohon untuk LIKE , SHARE & FOLLOW page ini bagi tujuan pembelajaran

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.