Meem

MSC: Mampu Meneruskan Kenaikan?

MYX:MSC   MALAYSIA SMELTING CORPORATION
MSC dilihat bergerak dalam trend menaik selepas harga berjaya bertahan di atas RBS corak carta segi tiga yang terbentuk

Breakout pada corak carta segi tiga adalah dilihat selari dengan kehadiran volum yang tinggi menunjukkan minat belian
Breakout yang berlaku juga dilihat berada di 2/3 akhir corak segi tiga mematuhi kondisi breakout (Technical Analysis Plain and Simple, 3rd Edition)
MACD pada selang masa mingguan pula dilihat sedang mendongak ke atas dan belum melakukan persilangan menurun
Petunjuk RSI mingguan berada di paras positif menunjukkan kehadiran momentum yang mencukupi sekiranya harga ingin meneruskan kenaikan
Namun RSI harian dilihat sudah berada di kawasan 'overbought' harga mungkin melakukan pembetulan singkat sebelum meneruskan kenaikan
Trend pergerakan harga secara amnya dilihat masih lagi cenderung meneruskan kenaikan dengan EMA dilihat bertindak sebagai sokongan dinamik terdekat
Menarik untuk diperhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.