tariqrahmalan

TIBA #26 : NICE, Masihkah ia "nice" untuk Pedagang & Pelabur?

MYX:NICE   NICHE CAPITAL EMAS HLDG BHD

=================
ANALISIS TEKNIKAL
=================
1.0 TREND
Kaunter NICE secara umum menunjukkan sedang memasuk Fasa MARKUP.
Ini boleh dilihat dengan Higher High pada harga RM0.53 dan Higher Low pada harga RM0.255.
Selain itu,candlestik telah berjaya memecahkan paras resistence pada harga RM0.30.
Trend UPTREND kelihatan di carta.
Paras resistence terkini dilihat sekitar RM0.30 dan support pada harga RM0.255.
Support dilihat telah breakdown dengan Candlestick Marubozu Merah telah menujah Support pada tarikh 11 Ogos 2020
Namun begitu, volume dilihat mengalami "penurunan" yang kecil menunjukkan minat jualan yang semakin menurun. Kaunter ini dijangka untuk cuba bertahan dengan sentiment kenaikan emas melepasi paras USD2000 baru – baru ini. Namun, kejatuhan harga emas bakal membuatkan kaunter ini cuba untuk bertahan dan percubaan untuk kembali membuat kenaikan hanya akan berlaku sekiranya harga emas dunia kembali melepasi paras USD2000. Kenaikan secara Euphoria sewajarnya memberikan rasa cautious kepada pada pedagang & pelabur kerana kenaikan mendadak bakal membawa kejatuhan mendadak juga...

2.0 CANDLESTICK PATTERN
Major Bearish reversal patterns dilihat dengan candlestick sedang membentuk seakan – akan Shooting Star pada tarikh 7 Ogos 2020 menunjukkan tekanan jualan sedang berlaku dan harga dijangka mengalami kejatuhan.

3.0 CHART PATTERN
Tiada chart pattern dapat dikesan buat masa ini.

4.0 INDICATORS
Moving Average 20 (MA20) dilihat berada di bawah candlestick menunjukkan "Hold / Buying" Signal.
Stochastic RSI juga dilihat sedang menuju ke paras "Oversold menunjukkan momentum jualan semakin menguat.
Fibonaci Rectracement juga menunjukkan harga kini berada di sekitar ratio "61.8 " menandakan kaunter sedang mengalami "pullback yang sihat" sekiranya ia mampu bertahan.

====================
STATUS PATUH SHARIAH
====================
Setakat tarikh posting ini dibuat, kaunter ini didapati "PATUH SHARIAH". Pedagang Muslim "tiada masalah untuk" membeli kaunter ini.

=============
TRADING PLAN
=============

STRATEGY : BUY ON BREAKOUT / BUY ON DEEP / BUY ON REVERSAL / BUY ON SUPPORT
Entry Price : RM0.25
Cut Loss : RM0.24
Risk : 4%

Target Price 1 : RM0.27
Reward : 8%

Target Price 2 : RM0.30
Reward : 20%

Target Price 3 : RM0.34
Reward : 36%

==========
DISCLAIMER
==========
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham yang disenaraikan dipasaran bursa dan antarabangsa sahaja.
Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUYING CALL kepada mana - mana pihak.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
Kajian ini tidak boleh mengikat penulis dengan apa jua kerugian mana - mana individu hasil pembacaan kajian ini.
Trade At Your Own Risk (TAYOR)

#RoadToFinancialFreedom
#BilaAkaunMulaBerbicara
#AkuDanSaham
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.