NICHE CAPITAL EMAS HLDG BHD
Panjang
Telah dikemas kini

Kemungkinan Tinggi Untuk Terbang Jauh

128
Harga sudah melepasi aliran menurun jangka pendek.
Carta menunjuk gambaran seperti Pennant Pattern (Bullish Sign).
Setup EMA6,21,50,200 yang cantik (Bullish Sign).
MACD yang Oversold dan Crossed (Bullish Sign).
Bergerak dan cuba melepasi Ichimoku Cloud (Good Sign) dan jika berjaya lepasi awam, besar kemungkinan akan pergi lagi jauh.
Kalau diperhatikan volume sebelum ini juga. Volume hijau berkali ganda lagi banyak dan besar dari volume merah. Hanya sedikit sahaja volume merah (Good Sign).
Harga semasa pasaran Gold juga menunjukkan aliran menaik.


Sediakan Trading Plan sebelum cuba membeli.
Walaupun berkemungkinan tinggi. Sentiasa set kan Cutloss. Kerana market bukan kita punya.
Ada pendapat berbeza boleh cuba komen dibawah untuk kita saling berbincang.
Kalau rasa idea ini bagus jangan lupa tekan Like.

Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga kita semua dimurahkan rezeki.
Nota
Harga paling tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah ialah RM3.60. Mampukah kaunter ini terbang kesana. Sama-sama kita nantikan. Kawal emosi dan sediakan persediaan.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.