aihafizal.fx

31-AUG-2020: NIHSIN boleh masuk WL dan followup

Panjang
MYX:NIHSIN   NI HSIN GROUP BERHAD
Assalamualaikum & selamat sejahtera;
Kajian adalah berdasarkan TA semata-mata,. Kajian adalah untuk shortswing (2hari - 3 minggu)
Saya masukkan dulu dalam Watchlist
Ini pula merupakan salah satu lagi kaunter Consumer Products & Services (farmasi)
Kaunter: NIHSIN

Analisis
Berdasarkan pemerhatian, terdapat pembentukkan potensi yang menarik pada kaunter ini. Berikut adalah analisis berdasarkan disiplin pembelajaran saya.
1. Status Syariah: Ya
2. Menguji DTL dan harga ditutup diatas DTL
3. Pada minggu lepas harga berjaya close diatas MidBB
4. EMA6(merah)-9(biru) merapat diantara satu sama lain dan menghala ke atas NAMUN masih berada di bawah midBB
5. Vol Daily kelihatan hijau pada hari jumaat lepas dan secara keseluruhan vol hijau menguasai.
6. Vol Weekly kelihatan hijau untuk 2 minggu berturut2 (ada minat belian) dengan penguasaan candle hijau
7. Masih tidak banyak kelibat smart money muncul namun terdapat transaksi menarik bermula pada 26/8/2020

Kita dapati secara TA kaunter ini boleh diperhatikan. Namun harus di ingat saya lebih berminat untuk memasukkan kedalam WL terlebih dahulu. Pada pandangan saya, terdapat 3 situasi akan dipertimbangkan untuk entry;

- Harga kekal diatas midBB + transaksi besar masuk
- Tunggu midBB + EMA6-9 merapat diantara satu sama lain dengan candle meniti atau close diatas mereka.
- Tunggu pullback di kawasan separuh candle terakhir dengan candle tutup diatas EMA6-9 + transaksi besar

Sebaiknya kita menunggu confirmation tentang minat belian pada pembukaan pasaran esok (perhati kawasan bulatan). Sekirannya ada transaksi yang menarik dengan dominasi transaksi besar kita boleh pertimbangkan.

Rancangan perdagangan;
Boleh rujuk kepada rajah
R:R = 1:3 agak optimistik :) berdasarkan situasi ke-3(risiko paling rendah)

Harus diingat pasaran sekarang sangat tidak stabil…kalau boleh, dapat 2-4 bid boleh kluar dulu@set stop limit, tidak digalakkan sangat hold. Sila sesuaikan dengan risiko masing-masing sekiranya masuk awal@menunggu pullback.

Semoga bermanafaat
Turut boleh follow saya di F B Group: BOKOJOZ TRADING IDEA

PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.