MYX:NOTION   NOTION VTEC BHD
DISCLAIMER : Perkongsian adalah pembelajaran semata, tiada sebarang unsur xxxBUYCALLxxx

Nampaknya selepas fasa bursa Kangaroo kita masuk pula fasa bursa sold out,
hampir setiap hari ada saja dagangan yang mencapai LIMIT UP a.k.a SOLD OUT...
apa cer tu? meh nak kabar, ada 2 istilah
LIMIT UP iaitu dagangan pada hari tersebut habis di borong pada harga apa saja sampai sold out
LIMIT DOWN iaitu dagangan dijual pada harga apa saja sehingga orang sanggup lelong murah-murah
Jadi apa yang berlaku pada minggu ini, minggu pertama OGOS 2020 ini berlakunya LIMIT UP hampir setiap hari dan berkali-kali.

FA - OK, Background Notion Vtec adalah teknologi sebagai core bisnes namun Notion cuba
ambil peluang sama dengan K1 dengan menjadi salah satu company yang terlibat dengan healthcare.
Dari segi financial ratio baik walaupun company profit pada quarter baru ini mengalami sedikit penurunan
profit namun YoY masih menunjukkan indikator hijau.
TA - Salah satu kaunter yang membuat kenaikkan secara V-shape selepas pandemik covid19. Namun,
Notion mempunyai rintangan kuat pada harga 0.915 sehingga menjadi penyebab kaunter ini kembali sideway.
Pada awal minggu ogos lepas, NOTION mencipta sejarah bila mana membuat beberapa kalai lompatan dengan
3 hari LIMIT UP, perkara ini juga membukti, kaunter yang mampu melepasi rintangan ATH mempunyai daya
tolakkan yang lebih kuat.
CATALYST - Mempunyai alasan yang kukuh memandangkan situasi sekarang memberikan kesan
positif kepada sektor kesihatan dalam membekalkan keperluan facemask dan PPE .

REVIEW - (FA/)(TA/)(CA/) Ride till Bend
INVEST or SWING kaunter yang boleh di simpan.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.