Nova adalah dari sektor Healthcare dan sub sektor Pharmaceutical tiba-tiba menarik perhatian saya untuk kajian lanjut selepas subuh dihari pertama berpuasa ini.
Ditubuhkan pada tahun 1989, syarikat ini mengeluarkan produk makanan tambahan yang terdapat difarmasi terkenal seluruh negara dari keluaran kilang mereka yang terletak di Sg Pelek, Sepang, Selangor.
Mula didagangkan pada July 2018 dengan harga RM 0.615 tetapi jatuh keharga RM 0.265 pada December 2018. Rebound semula untuk uptrend keharga tertinggi RM 0.530 pada February 2019 tetapi tidah berjaya untuk breakout, membuat sideway sehingga August 2019 barulah kaunter ini membuat satu lagi percubaan uptrend dan memecahkan harga RM 0.53 pada September 2019 dan memecahkan harga kelahirannya pada 2019 October.
Tidak bertahan lama dengan membuat sedikit sideway hingga November 2019, kaunter ini jatuh untuk rebound dengan doji sempurna yang sangat ketara pada March 2020 harga terendah RM 0.34 Harga telah mula menunjukkan uptrend yang ketara dan menarik perhatian saya untuk mendapat confirmation dalam masa (X) hari trading lagi.
Penafian:
Pembaca diingatkan, semua ini adalah idea peribadi saya. (#bukanbuycall)
Perbincangan dan kajian ini adalah untuk journal peribadi. (#bukanbuycall)
Sila buat penilaian anda sendiri. (#bukanbuycall) - (TAYOR)