NYLEX (M) BHD - BEREHAT SEKETIKA ??

*Perkongsian adalah untuk tujuan pembelajaran
*Ini bukan saranan beli dan jual
*Beli dan jual di atas risiko sendiri

Harga telah memecahkan rintangan sejak 11-MAR-21 dan terus menuju ke paras tertinggi 1.70

Jika dilihat dengan indikator MA, Nylex masih menunjukan bullish momentum kerana harga dan MA 20, MA 50 masing2 berada di atas MA 200.

Namun adakah Nylex mampu bertahan dan meneruskan lagi kenaikanya?.
Kita dapat melihat harga telah mencapai paras tertinggi iaitu 1.70 dan memberi reaksi kepada penjual dan kini pembeli masih lagi menunjukan minatnya apabila berada di paras 1.61

Melihat kepada volum pada ketika ini ia seiring dengan kadar penurunan harga di mana apabila harga menurun volum makin mengecil.
Jika diterjemahkan pasaran masih lagi mampu menarik minat pembeli ketika ini

Apakah Nylex mampu bertahan seterusnya menyambung kenaikan atau sebaliknya?

Sama-sama kita nantikan di mana arah harga akan menuju di masa akan datang.

#MA
#VOL
#RSI
Technical IndicatorsTrend Analysis

Penafian