ichivergence_hunter

PNEPCB Ramai Yang Terciduk. Adakah Masih Ada Sinar Harapan?

MYX:PNEPCB   PNE PCB BHD
PNEPCB tiba-tiba nama kaunter ini muncul. Sebelum ni tak pernah dengar. Namanya muncul kerana turut serta dalam perniagaan sarung tangan. Ramai trader yang terciduk dengan PNEPCB kerana pembuangannya sangat kejam. Akan tetapi jika dilihat pada volume, dapat dilihat volume dah makin sedikit. Ini menandakan tekanan jualan telahpun hampir berakhir dan sedang menanti minat belian yang baru. Indicator pun menunjukkan kaunter ini sudah sangat oversold. Tapak seperti di 0.270. Aras rintangan terdekat di 0.315, jika berjaya dipecahkan, sekurang-kurangnya jika hanya membuat technical rebounce, aras target adalah di 0.480. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran)

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.