naimmp98

QES (Tenang di atas Garisan Dinamik)

MYX:QES   QES GROUP BERHAD
Sektor:
- Automation, Industrial Products & Services, Industrial Materials, Components & Equipment, Semiconductors, ATE.

Idea analisis:
~Teknikal~
- Selepas berada dalam fasa sideways yang lama, QES berjaya breakout dan melakukan kenaikan parabolic dengan menjadikan MA 50 sebagai support dinamiknya.
- Selepas melakukan kenaikan parabolic, harga membuat pullback dan berjaya rebound di atas fibo 0.5, iaitu di atas paras harga RM 0.470.
- Rebound di atas fibo 0.5 ini menandakan kekuatan bagi uptrend QES adalah sederhana (medium).
- Harga meneruskan kenaikan dan berjaya breakout fibo 1 yang merupakan resistance bagi QES.
- Walaubagaimanapun, harga tidak mampu bertahan di atas resistance kerana momentum penjualan yang sangat kuat.
- Ini dibuktikan oleh signal 'hidden bullish divergence' yang ditunjukkan oleh stochastic RSI yang memberi maksud bahawa momentum penjualan adalah sangat kuat tetapi momentum ini tidak mampu menurunkan harga sehingga menembusi MA 50 kerana minat pembelian yang masih lebih kuat.
- Oleh sebab itulah harga membuat pullback dan berjaya rebound di atas MA 50 kemudian harga sekali lagi breakout setelah membuat rejection beberapa kali sebelumnya.
- Adakah breakout kali ini merupakan fresh breakout atau fake rebound seperti sebelum ini?
- Persamaan breakout terkini dengan breakout sebelum ini adalah kedua²nya breakout dengan volume siginifikan.
- Menariknya perbezaan kedua2 breakout ini pula adalah breakout kali ini bukan sahaja breakout dengan volume signifikan tetapi breakout dengan harga gap up.
- Mengikut teori fibo, jika QES mampu bertahan di atas fibo 1 iaitu di atas paras harga RM 0.665, harga mampu menuju ke fibo 1.618 bersamaan paras harga RM 0.910.

~Fundamental~
- Keuntungan QES pada quarter terkini adalah paling tinggi berbanding 10 quarters sebelumnya. Ini mendorong QES untuk mencatatkan keuntungan YoY sebanyak 230.22%
- Perolehan juga adalah tertinggi dan untuk QoQ, perolehan QES meningkat sebanyak 32.28%. Walaubagaimanapun, perolehan QES yang terkini masih belum mampu mengatasi perolehan pada Q1 2019.

Nota kaki:
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Rejection = Keadaan dimana harga menyentuh paras harga tertentu samada resistance atau support.
* Gap up = Harga dibuka tinggi berbanding harga ditutup hari sebelumya.
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Q1 = Quarter pertama. Kebiasaanya pada bulan Februari.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'support dinamik' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.