kimochimoku_trader

RL-Terdapat Cup and Handle

MYX:RL   RESERVOIR LINK ENERGY BHD
*PENAFIAN: Ini bukan panggilan beli atau jual. Segala untung dan rugi adalah atas usaha anda, dan saya harap anda sentiasa untung*

Reservoir Link (RL) kelihatan sangat menarik. Harga baru break berada di neckline Cup and Handle, serta berjaya bertahan di atas MA 200. Hari ini candle tutup pada 0.580, dengan volume yang tinggi.

Rsi hampir masuk ke kawasan momentum. MACD berada di atas 0 dan histogram hijau pekat sudah muncul, menandakan kekuatan.

Untuk strategi ichimoku, carta menunjukkan yang berikut:

Harga sudah menembusi awan.
Garisan Lagging sudah berada di atas harga.
Harga berada di atas Tenkan dan Kijun.
Tenkan sudah bersilang ke atas dengan garis Kijun.
Ada awan hijau muncul menggantikan awan merah.

Pada mata-ku, RL tersangatlah cun.

Rancangan Trading pada mata saya (sekali lagi, bukan baikol):
EP: 0.590 - 0.60
CL: harga pecah MA 200, lari je
Resistance yang perlu dipecahkan, tempat jual, ada di carta. boleh hold sampai kenyang kalau semua resistance pecah.

-Perlu sedikit berhati-hati kerana RL terlibat dalam perniagaan oil and gas. Mungkin boleh beri sedikit perhatian pada Carta Brent Crude Oil untuk buat keputusan. Hari ni junam. Besok mungkin ada peluang utk tangkap di support 0.560.-
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.