ROHAS BAKAL MEMECAH 0.4

175
ROHAS sangat menguji kesabaran para retailer, sedang berada di situasi yang sangat baik apabila membuat marubozu hijau yang menentukan kenaikan seterusnya sekiranya dapat memecah halangan pada 0.375. Seandainya ia gap up esok, ini adalah petanda baik bagi ROHAS dan akan mencapai resistant seterusnya di 0.4 dan berkemungkinan bakal menyaksikan 0.4 dipecahkan untuk ke 0.46. Halangan di 0.43 pada hemat saya sangat mudah diatasi kerana ia hanya halangan biru dalam Gann Chart.

Sekiranya ia terjadi, kita bakal menyaksikan kenaikan demi kenaikan pada candle ROHAS pada masa akan datang. Sama-sama kita saksikan.
Masuk la nak saksi je bukan dapat apa.....kita nak untung bukan nak tunjuk sapa terer. Tahu kaunter naik tapi tak EP tak guna juga. Betul tak?

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.