AbangManuK

SAMAIDEN [S] - Pak Miden masih Berbisa..Yeah!!

Panjang
MYX:SAMAIDEN   SAMAIDEN GROUP BERHAD
Seperti mana yang telah kita lihat..Pak Miden punya joget hari ni sampai memecahkan keheningan pagi ke paras RM2...betul-betul mengujakan..
Percubaan untuk mencapai harga tertinggi 52 minggu juga tidak berhasil..bila mana harga tertinggi ia hari ni mencapai pada paras RM2.06 sebelum bermulanya proses penjualan yang hebat dari para pedagang sehingga pasaran ditutup dan harga di tutup pada paras RM1.91 dan membentuk inverted hammer....panjang woooooooo toncet..dan ngam-ngam landing atas support pula tu..
.
.
Bagi Abam, Pak Miden punyai masa depan yang cerah...bagi yang masih simpan kaunter Pak Miden ni, cekalkan hati...tabahkan jiwa..mata tu..guna spek mata hijau abam sarankan...untuk menyedapkan hati setiap masa...hehehe Kalau hati kenyal, mmg besok dah queue sell..

Selaras dengan perkembangan sektor tenaga hijau/ Renewable Energy (Green Energy) dunia...para pemegang saham Pak Miden ni mmg mengharapkan sesuatu untuk jangka masa panjang..dan tidak hairan sekiranya Pak Miden mampu sustain di atas paras RM2.00 minggu ni...dan pegi ke paras harga yang lebih tinggi pada bulan hadapan dan seterusnya...jadi, nasihat Abam, SIMPAN..hehe cukup target profit, JUAL!!!
.
.
kalau hari selasa sinonim dgn terma SELLasa...adakah mungkin rabu boleh menjadi hari raBUY?? hehe inilah ragam para traders...mitos yang abam sendiri tak dapat rungkaikan,..tapi benar2 pula terjadi..hehe

baiklah..sempena tahun baru cina ni...aabam nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada yang menyambutnya...jangan melantak sangat limau tu, kang tak pasal-pasal demamm..~~dah jadi satu hal pla kena Swab test..hehe

DISCLAIMER:
Apa-apa pun, market bukan kita punya..sediakan Trading Plan mengikut Risk appetite masing-masing dan Trade What You See...Semoga memperoleh rezeki banyak..
Segala kajian adalah untuk proses pembelajaran dan halatuju kaunter tersebut. Till then, happy trading, TAYOR, BAYOR & SAYOR

**Sekiranya anda bersetuju dengan idea ini, mohon untuk LIKE , SHARE & FOLLOW page ini bagi tujuan pembelajaran

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.