SASBADI (Sejauh Manakah Penurunan Sebelum Meneruskan Kenaikan?)

Telah dikemas kini
Sektor:
- Consumer Products, Publication & Printing, Penny Stocks, Telecommunications & Media, Media (Sumber: iSaham).

Idea analisis:
~Teknikal~
- SASBADI secara kasar dilihat berada dalam keadaan uptrend dengan menjadikan mid BB dan lower BB sebagai dinamic support.
- Selepas membuat kenaikan parabolic sehingga mencapai wave 3, SASBADI dilihat membuat penurunan pula untuk melengkapkan wave 4.
- Dua pattern retracement yang boleh terbentuk sebelum SASBADI dikira berjaya melengkapkan wave 4:
1) Pattern triangle - Jika harga berjaya naik dan melepasi wave (d), harga berpotensi untuk menuju ke wave 5 pada paras fibonacci extension 61.8% pada paras harga RM 0.265.
2) Pattern zig zag - Jika SASBADI tidak mampu bertahan di atas paras harga RM 0.205, harga berpotensi untuk turun ke paras harga RM 0.185 atau RM 0.175.
- Kemanakah hala tuju SASBADI? Adakah harga cenderung untuk membuat kenaikan atau membuat penurunan?
- Setelah meneliti, penganalisis merasakan harga akan membuat penurunan berdasarkan dua justifikasi:
1) Terbentuknya candlestick falling three methods yang merupakan bearish continuation candlestick pattern.
2) Descending triangle yang merupakan bearish reversal chart pattern.
- Walaubagaimanapun, harga berkemungkinan juga untuk meneruskan kenaikan berdasarkan satu wisdom quote iaitu "history repeats itself". Bagaimana?
- SASBADI boleh melantun di atas lower BB dan meneruskan kenaikan memandangkan harga sangat patuh di atas mid BB dan lower BB sebelum ini.

~Fundamental~
- SASBADI tidak konsisten membuat keuntungan. Ini menjadikan keuntungan SASBASI merosot YoY sebanyak -950.91%.
- Perolehan (revenue) SASBADI juga merosot YoY sebanyak -39.76%.
- iSaham mengkategorikan SASBADI sebagai 'negative earnings'. Jadi, para pelabur newbie tidak digalakkan untuk membeli saham ini jika masih belum mahir cutloss.
- SASBADI kali terakhir memberikan dividen pada tahun 2018 (1 sen sesaham).

Nota kaki:
* Lower BB = Lower Bollinger Band yang merupakan garisan bawah bagi bollinger bands.
* Mid BB = Middle Bollinger Band yang juga merupakan MA 20 merupakan garis tengah bagi bollinger bands.
* Upper BB = Upper Bollinger Band merupakan garisan atas bagi bollinger bands. Garisan ini boleh dijadikan harga untuk take profit (TP).
* Retracement = Harga membuat pembetulan yang kecil iaitu harga menurun 'sedikit' sebelum meneruskan kenaikan.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'descending triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
KAJIAN 2: Empat Jenis Segitiga dalam Saham


#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR

---------------------------------

PENAFIAN / DISCLAIMER:
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
Nota
Tambahan:
- SASBADI juga berkemungkinan meneruskan kenaikan dengan justifikasi 'rule of alternation' pada wave 2 dan wave 4. Kebiasaanya pattern yang terbentuk pada kedua² wave adalah tidak sama. Jadi, jika wave 2 adalah zigzag, berkemungkinan wave 4 adalah triangle.
Descending TrianglefallingthreemethodsFundamental AnalysisTechnical IndicatorsSASBADITrend Analysiswave4Zigzag

Juga pada:

Penafian