Pak_Din

SCIB WB- Masih trend menurun

SCIB-WB  
SCIB-WB  
Sektor - Building Materials/Peralatan Pembinaan
Perniagaan : Penyediaan dan penjualan konkrit, paip, besi serta peralatan pembinaan lain, Pembinaan , dan Hartanah

Idea analisis

Dari sudut teknikal

1. SCIB WB masih major trend menurun. Ini berdasarkan masih belum memecahkan garisan menurun.
2. SCIB WB dilihat akan retrace/berbalik apabila menyentuh garisan menurun. Ini berdasarkan candle/paras harga terdahulu. Sejarah mungkin berulang.
3. SCIB WB kebarangkalian akan berubah trend sekiranya berjaya memecahkan garisan menurun.
4. Namun, berdasarkan indikator volume dan RSI kenaikan secara extreme ini kebarangkalian akan retrace terlebih dahulu sebelum menyambung kenaikan.

Dari sudut fundamental
1. Revenue syarikat menurun daripada 185.60 juta QR4 2020 menjadi 175.28 juta pada tahun 2021.
2. Pendapatan bersih syarikat turut menurun dari 30.40 juta pada QR4 2020 menjadi 12.20 juta pada QR terkini.
3. Berdasarkan revenue dan pendapatan bersih dirumuskan bahawa SCIB prestasi syarikat menurun. Kemungkinan disebabkan musim COVID19 yang menjejaskan sektor pembinaan. Namun QR yang terkini masih belum diaudit.
4. Maklumat warrant SCIB WB:
- Gearing = 2.94 👍
- Matured Date = 2024-02-08 👍
- Exercise price = 1.77 👎
- Premium % = 170 👎

PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.