zulhafizsyam

SPSETIA Mulakan Pendakian Gelombang ke-5

MYX:SPSETIA   SP SETIA BHD
1. SPSETIA pada skala besar mematuhi hukum gelombang Elliot dimana kelihatan tepat padanan setiap gelombang. Pada ketika ini dilihat sedang berada pada gelombang kelima.

2. Jika benar ramalan hukum gelombang ia akan sampai kepada paras terakhir pada paras 1.875 menurut fibo extension sebagai penutup gelombang kelima.

3. Petunjuk SMI juga dilihat seakan menyokong apabila masih berada pada kawasan neutral dan ada potensi untuk membuat kenaikan.

4. Beberapa hari ini dilihat sedang membuat paras sokongan baru di EMA 100 dan jika ia tidak menembusi paras EMA100, potensi tinggi untuk meneruskan kenaikan dalam masa terdekat.

5. Cadangan ini tidak menjadi jika harga menembusi kebawah harga 1.175.

Kawasan masuk: 1.255 - 1.295
Ambil untung: 1.870
Potong Rugi: 1.19

Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.

Indicator yang digunakan adalah OSC Combo Smart Entry / Combo Mapping.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.