romath90

Bursa Malaysia Teknologi Indeks

MYX:TECHNOLOGY   Bursa Malaysia Technology Index

Setelah melalui fasa mark down dari Jan-22, kini bertahan pada key level 56.87. Tekanan jualan mencapai tahap klimaks di mana tekanan belian menguasai pasaran dan menujah ke atas pada key level 67.71.

Pada Oktober-22, indeks sekali lagi menguji key level 56.87 dan membuat tujahan ke atas dan memecahkan key level 67.71. Pergerakan harga tidak mampu bertahan dan memasuki trading range antara 56 ~ 67.

Justeru, kita melihat sentimen pasaran untuk indeks teknologi rata-rata pelabur menunggu data2 ekonomi daripada pasaran global berkenaan inflasi dan kadar faedah untuk menentukan halu tuju pasaran.

Pembukaan ekonomi di China dan data-data ekonomi membantu
pergerakan harga untuk sektor ini bergerak.

saya melihat sektor ini mungkin akan menguji key level 63 ~ 64 untuk mengekalkan pergerakan ke atas dan jika tidak bertahan, berkemungkinan sekali lagi menguji atau 'shake out' pada key level 56.

Ini adalah kajian dan bukan saranan jual dan beli

Jual dan beli atas risiko sendiri.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.