naimmp98

TOCEAN (2 Garisan dan 2 Signal Mampu Melawan 2 Persamaan?)

MYX:TOCEAN   TRANSOCEAN HOLDINGS BHD
Sektor:
- Trading & Services, Transportation & Logistics Services, Prime Movers & Trailers.

Idea analisis:
~Teknikal~
- Setelah berada dalam fasa sideways yang lama, TOCEAN breakout dan membuat kenaikan parabolic.
- Sepanjang kenaikan, muncul signal 'hidden bullish divergence' menandakan momentum penjualan yg kuat sepatutnya tidak mampu menjatuhkan harga kerana minat pembelian yang masih lebih kuat.
- Walaubagaimanapun, signal ini tidak dapat mempengaruhi harga dan TOCEAN kemudiannya meneruskan penurunan. Bullish engulfing yang muncul juga tidak mampu menaikkan harga.
- Terkini, harga dilihat ingin membuat rebound sekali lagi. Kali ini, rebound yang dibuat adalah di atas 2 garisan penting:
1) MA 50.
2) Fibo 0.382.
- Rebound di atas 2 garisan ini juga disokong oleh 2 signal:
1) Bullish engulfing
2) Stochastic RSI cross up di paras oversold menandakan harga sedang rebound di atas support terbaru.
- Walaubagaimanapun, rebound ini mempunyai 2 persamaan dengan fake rebound sebelum ini:
1) Bullish engulfing
2) Volume signifikan
- History repeats itself? Adakah akan berulang semula sejarah fake rebound ini?
- Jika harga mampu bertahan di atas MA 50 dan fibo 0.382, harga berpotensi meneruskan kenaikan sehingga ke paras fibo 1 iaitu RM 7.140 yang merupakan resistance terbaru TOCEAN.

~Fundamental~
- TOCEAN lebih banyak membuat kerugian berbanding keuntungan. Dalam 10 quarters terkini, hanya 3 quarters yang mencatatkan keuntungan walaupun keuntungan meningkat YoY 52.75%.
- iSaham mengkategorikan syarikat ini sebagai 'negative earnings' dan anda tidak disarankan untuk membeli saham ini jika anda belum mahir menggunakan cutloss.
- Perolehan TOCEAN juga dilihat menurun secara overall. Perolehan TOCEAN QoQ meningkat sebanyak 7.9% tetapi menyusut YoY sebanyak -4.68%.

Nota kaki:
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Bullish Engulfing = 'Body' candle hijau menelan 'body' candle merah sebelumnya.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.

#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR

---------------------------------

PENAFIAN / DISCLAIMER:
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.