Dr_Al_Aarifin

MODAL PASARAN CRYPTO MENERUSKAN PENURUNAN, KE MANA SASARANNYA?

CRYPTOCAP:TOTAL   Nilai Keseluruhan Modal Pasaran Krypto, $
MODAL PASARAN CRYPTO MENERUSKAN PENURUNAN, KE MANA SASARANNYA?

1. Nilai keseluruhan pasaran aset digital (crypto) pernah mencecah USD 3 trilion pada November 2021
2. Namun ia telah membuat penurunan demi penurunan sehingga ke hari ini
3. Support terdekat adalah pada USD1.82 trilion
4. Jika ia tidak dapat menahan mementum penurunan, tidak mustahil, ia akan terus menuju ke aras 52-week low iaitu pada nilai USD1.2 trilion
5. Tempoh masa terdekat dilihat kritikal kerana perkembangan ini akan mencerminkan pasaran crypto pada tahun 2022
6. Apakah tahun 2022 merupakan tahun bullish atau bearish? Sama-sama kita saksikan
7. Ini bukan saranan untuk beli atau jual, tetapi saranan untuk sama-sama kaji. Trade at your own risk!

Jika anda merasakan perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa LIKE, FOLLOW & SHARE untuk kita sebarkan kebaikan daripadanya.

"Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki." (Surah Saba', ayat 39)

---------------------------------------
PENAFIAN:
Saya bukan penasihat kewangan, penasihat pelaburan atau broker berlesen. Apa sahaja perkongsian di platform Tradingview serta channel SmartMind Academy hanyalah untuk tujuan pendidikan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya yang terhad. Tiada 'buy call' diberikan. Semua pelabur dan pedagang hendaklah bertanggungjawab di atas keputusan pelaburan dengan mempertimbangkan risiko masing-masing. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian disebabkan apa sahaja keputusan pelaburan yang dilakukan.
---------------------------------------

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.