SEKTOR TRANSPORTATION & LOGISTICS AKAN MEMBUAT 'COME BACK'?

1. Secara teknikal, kelihatan indeks TRANSPORATION & LOGISTICS agak menarik untuk diperhatikan
2. Semalam (9 Ogos 2021), indeks telah keluar dari pattern falling wedge
3. RSI telah melepasi aras 50 menunjukkan sektor ini sedang membina momentum yang baik
4. Garisan EMA100 dilihat sebagai support, EMA50 baru sahaja dipintas memberi signal yang sektor ini mungkin sedang membuat perubahan arah
5. Adakah ini merupakan permulaan kepada 'bullish rally' yang akan menjadikan sektor ini sebagai 'sector in play' seterusnya?
6. Ke mana arahtujunya dalam masa terdekat? Adakah akan cuba kembali ke paras tertingginya sebelum ini (902 mata) atau turun kembali menuju garisan EMA100? Sama-sama kita saksikan
7. Ini bukan saranan untuk beli atau jual, tetapi saranan untuk sama-sama kaji. Trade at your own risk!

Jika anda merasakan perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa LIKE, FOLLOW & SHARE untuk kita sebarkan kebaikan daripadanya.

"Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki." (Surah Saba', ayat 39)

---------------------------------------
PENAFIAN:
Saya bukan penasihat kewangan, penasihat pelaburan atau broker berlesen. Apa sahaja perkongsian di platform Tradingview serta channel SmartMind Academy hanyalah untuk tujuan pendidikan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya yang terhad. Tiada 'buy call' diberikan. Semua pelabur dan pedagang hendaklah bertanggungjawab di atas keputusan pelaburan dengan mempertimbangkan risiko masing-masing. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian disebabkan apa sahaja keputusan pelaburan yang dilakukan.
---------------------------------------
Harmonic PatternsTechnical IndicatorsTrend Analysis

Juga pada:

Penafian