abdulqaiyumm

UCREST(0005): Syarikat Vaksin Sputnik

MYX:UCREST   UCREST BERHAD
UCrest salah satu syarikat kesihatan yang akan menguruskan bekalan vaksin, atau lebih spesifik sputnik vaksin. baru baru ini ada MoU diantara UCrest dan Russian Direct Investment Fund.

Mengikut Carta, harga terbang selepas keluar berita tentang dia akan menguruskan vaksin ini, tetapi ia tidak kekal lama dan mula membuang.
Setakat harini ini, dapat dilihat ia membentuk corak segi tiga sama, di mana ada dua kemungkinan, jika harga pecah garisan menurun itu (0.405). harga akan mendaki ke 0.770 (jika Kuat) dan jika harga turun daripada garisan kenaikan itu, dia akan mencari 0.295. Garisan melintang dicarta itu garisan rintangan dan sambutan sebagai rujukan.

Berita tentang projek bersama russia itu mungkin akan menguatkan kaunter ini di masa akan datang.

Menggunakan Bollinger Band,
Garisan tengah bollinger itu ialah SMA 20, secara teori ikut buku. Jika harga menyilang ke atas garisan itu, bermaksud ia isyarat membeli dan jika kekal, ia akan terus mendaki.

Sekadar kajian dan pembelajaran. Terima kasih.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.