ichivergence_hunter

UCREST Adakah Telah Bersedia Untuk Menukar Arah Trend

MYX:UCREST   UCREST BERHAD
Ucrest telahpun breakout garisan menurun (long term DTL) disokong oleh volume yang kuat. Ini menunjukkan Ucrest sedang mencuba untuk menukar trend daripada menurun kepada menarik. Jika esok mampu memecahkan aras rintangan kuat di 0.100 dan seterusnya bertahan diatas aras 0.100, maka ianya merupakan langkah pertama untuk Ucrest mengubah haluan trend. Jika dilihat daripada garisan EMA, dapat kita lihat hari ini Ucrest telahpun melepasi garisan EMA50 dengan signal belian yang kuat. Secara teorinya, harga yang melepasi garisan EMA50 mempunyai kekuatan untuk terus mendaki ke atas. Dapat juga dilihat, garisan EMA21 sedang dalam perjalanan untuk membuat persilangan dengan garisan EMA50 dimana jika bersilang, akan memberikan signal belian yang kuat. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran)

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.