US Wall St 30
Pendidikan

10-Mac-2019: PEMBELAJARAN 1 - SOP NEWBIE (Trendline & SNR)

PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.

Dengan lafaz bismillah...
Assalamualaikum dan selamat pagi...
Saya ingin berkongsi sedikit kaedah kajian yang saya sering gunakan. Ianya adalah kaedah asas namun sangat berharga untuk dikongsi dan dipraktikkan. Sedia maklum ini adalah kaedah untuk PEMULA (Newbie/zerobie) untuk sekurang-kurangnya boleh menentukan hala tuju pasaran sebelum mereka membuat keputusan.

Sekiranya anda bukan newbie/zerobie mungkin ini tidak sesuai untuk anda, namun tiada salahnya untuk kita berkongsi pendapat dan kaedah kajian masing-masing. Walaupun ini cuma asas, even you dah lama trade, sekiranya anda gagal tentukan halatuju pasaran... still juga akan tersungkur dengan market.

Baiklah kita mulakan dengan STEP berikut;

1. Tandakan Trendline
Mula2 lihat pada trend keseluruhan pada TF 4 H dan tandakan arah dengan menandakan trendline. Ianya sangat penting untuk mendapatkan gambaran awal kemana hala tuju pasaran.
syot kilat

2. Tandakan Support & Resistant (SNR)
Langkah ini penting untuk mendapatkan gambaran kemana harga boleh pergi dan apa yang boleh dijangkakan...mungkin akan ada pergerakan turun naik di kawasan harga tersebut.

benda yang selalu jadi persoalan bila nak tanda SnR... "nak tarik kat mana" sebenarnya tiada tempat spesifik nak tanda pun... semua bergantung pada keselesaan dan pengalaman individu.... jadi x yah kita nak judge dan berbalah cikgu in ajar salah , cikgu tu ajar betul... sbb selagi dia BOLEH WITHDRAW so betul la tu... jadi nya saya share kaedah daripada salah seorang cikgu sya dan apa yang saya amalkan:-

Menanda SnR ni kita kena tgk dari kiri ke kanan... ni yang dikatakan HISTORY REPEAT ITSELF
syot kilat

Selepas itu kita tandakan dan namakan garisan yang telah ditandakan seperti dibawah:-

syot kilat

TAHNIAHHHHH.... anda dah hampir berjaya lalui stage 1. Jadi selepas kita berjaya tandakan garisan macam mana pulak nak tau "betul ka apa aku tanda ni..." dia ada dua kaedah, kaedah visual dan fibo. Untuk permulaan kita guna kaedah visual ja dlu... fibo akan di terangkan dalam sesi lain. So cuba kita perhatikan lukisan kita, kita akan nampak banyak candle akan berlegar disekitar garisan yang kita lukis tadi. Oleh yang demikian makanya... inshaallah lukisan kita dah betul la tu.... boleh rujuk gambar dibawah:-

syot kilat

3. Kesimpulan
- Jangan sekadar melihat, salin la nota ya... mgkn kita tgk lukisan org...."eleh senang ja" tapi cuba buat, tgk boleh ka tak...
- sila praktik dan conteng2 la chart tu dulu... inshaallah boleh mahir... jangan la nk lompat ke fibo,CP,CL selagi korang x mahir menconteng.
PERFECT PRACTICE MAKE PERFECT
- Kita akan sentuh berkenaan fibo dalam pembelajaran akan datang.
-Semoga perkongsian ini memberi manafaat.

Berikut adalah lukisan penuh yang telah dihasilkan

syot kilat




mac19Trend Analysis

Penafian